Abstract
Pereustakaan Tun Abdul Razak (PTARJ UiTM Shah Alam telah menganjurkan program bual bicara bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-64. Program ini diadakan pada 11 Ogos 2021 jam 11 pagi secara langsung dalam segmen Bicara Buku yang bertajuk Antologi Puisi Merdeka 60: Bianglala Melukis Syurga. Program ini telah dikendalikan oleh Puan Siti Salwa A. Rahman, Pustakawan Kanan, selaku moderator bersama panel jemputan, Nurul Syahida Hassan yang merupakan salah seorang penulis bagi karya Bianglala Melukis Syurga. Program ini telah dimulakan dengan memperkenalkan latar belakang Nurul Syahida Hassan yang merupakan penulis buku yang hebat dan juga alumni UiTM Shah Alam. Sesi perkongsian diteruskan dengan penerangan daripada panel jemputan tentang isi kandungan buku yang mana buku ini bertemakan kemerdekaan yang menggunakan konsep kolaborasi antara penulis dengan penerbit. Buku ini melibatkan 140 orang penulis mapan dan baru yang menghimpunkan 168 buah sajak berdasarkan tema kemerdekaan. Bianglala bermaksud pelangi yang dipetik daripada Bahasa Indonesia. Buku ini juga meliputi variasi penulis dan persembahan emosi mengenai puisi merdeka.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Aziz, Noor Azureen UNSPECIFIED |
Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Classes of libraries > Academic libraries Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography > The collections. The books |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
Journal or Publication Title: | IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak |
ISSN: | 2735-1920 |
Keywords: | Buletin, PTAR, IQRA' |
Collections: | Buletin IQRA' |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/110819 |