Abstract
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah menganjurkan program bual bicara secara langsung dalam segmen Bicara Buku Penerbit UiTM: Komunikasi Organisasi: Halangan Komunikasi Dalam Organisasi. Program ini telah dikendalikan oleh Puan Siti Salwa A. Rahman, Pustakawan Kanan, selaku moderator bersama panel jemputan, Dr. Ahlam Abdul Aziz. Program ini telah dimulakan dengan memperkenalkan latar belakang panel Dr. Ahlam Abdul Aziz yang merupakan Pensyarah Kanan Pengurusan Komunikasi dan Polisi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam. Sesi perkongsian diteruskan dengan penerangan daripada panel jemputan tentang isi kandungan buku yang bertajuk Komunikasi Organisasi: Halangan Komunikasi Dalam Organisasi terbitan UiTM Press. Secara ringkasnya, buku ini berkisarkan satu permasalahan atau fenomena yang wujud dalam setiap organisasi sama ada halangan kecil mahupun besar. Buku ini juga menyampaikan pengetahuan dan kaedah yang bermanfaat untuk melicinkan proses komunikasi dalam organisasi setiap hari.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Aziz, Noor Azureen UNSPECIFIED |
Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Classes of libraries Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography > The collections. The books |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
Journal or Publication Title: | IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak |
ISSN: | 2735-1920 |
Keywords: | Buletin, PTAR, IQRA', bicara buku, Penerbit UiTM |
Collections: | Buletin IQRA' |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/110670 |