Abstract
Melaka merupakan kawasan jajahan Empayar Portugis yang ditadbir selama 130 ahun (1511-1641 ). Dengan jatuhnya Kesultanan Melayu Melaka pada 15 Ogos 1511, Alfonso de Albuquerque cuba mendirikan benteng/kubu pertahanan untuk melawan serangan Sultan Mahmud Shah. Maka terbinalah Fortaleza de Malaca (Kota Melaka@A Formosa). Melaka dikuasai oleh pihak Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. la menjadi suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur dan diperintah oleh mereka selama 130 tahun. Pelbagai catatan sejarah tinggalan Portugis yang mencatatkan keadaan Melaka sebelum dijajah oleh Portugis. Pameran Melaka melalui Catatan Portugis sedikit sebanyak adalah catatan sejarah yang menceritakan kehebatan Melaka pada suatu waktu dahulu. Bermula dari penjajahan Portugis, Belanda, lnggeris, pendudukan Jepun, Melaka mempunyai nilai sejarah yang tersendiri sehingga diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md Aziz, Siti Haidah UNSPECIFIED |
Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library education. Training Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Classes of libraries > Academic libraries |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
Journal or Publication Title: | IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak |
ISSN: | 2735-1920 |
Keywords: | Buletin, PTAR, IQRA', pameran maya, Melaka |
Collections: | Buletin IQRA' |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/110590 |