Manual eView Terminal / Hasrizal Md Hasan ... [et al.]

Md Hasan, Hasrizal and Mohd, Hamidah and Zainol, Omar and Baharom, Mat Asri and Mohd Sidik, Shazmie Huzni and Zainol, Mohd Amin (2022) Manual eView Terminal / Hasrizal Md Hasan ... [et al.]. Manual. Perpustakaan Sultan Badlishah.

Abstract

Perkhidmatan rujukan bagi pengguna kelainan upaya merupakan satu cabaran kepada perpustakaan untuk menyediakan akses rujukan yang saksama dalam memenuhi objektif sistem pembelajaran di universiti. Perpustakaan komited dalam memenuhi dan menyediakan kemudahan rujukan untuk semua pengguna, tanpa mengira keupayaan mereka. Oleh itu penambahbaikan perkhidmatan rujukan bagi memenuhi keperluan pengguna kelainan upaya perlu dilaksanakan agar mereka dapat menggunakan bahan perpustakaan dengan lebih berkesan. Dilema dalam menyediakan perkhidmatan rujukan untuk pengguna kelainan upaya adalah penyediaan bentuk rujukan yang sesuai kerana normalisasi perpustakaan lebih menumpukan perolehan bahan rujukan untuk pengguna biasa. Misalnya bahan yang perlu disediakan perpustakaan seperti buku Braille bagi memenuhi keperluan individu yang mengalami masalah penglihatan melibatkan kos yang tinggi dan ruang penyimpanan khas, apatah lagi dengan kepelbagaian pengguna kelainan upaya memerlukan kondisi yang unik bagi setiap kelainan. Oleh itu, perkhidmatan rujukan fleksible yang dapat disesuaikan dengan tujuh jenis kelainan upaya perlu diwujudkan agar golongan ini dapat menggunakan kemudahan yang disediakan kepada pengguna biasa. Dengan menggunakan kaedah dan teknologi terkini, Perpustakaan Sultan Badlishah telah berjaya mewujudkan Perkhidmatan Rujukan OKU bagi pelanggan kelainan upaya melalui perisian khusus, stesen kerja komputer dilengkapi ciri-ciri yang boleh disesuaikan, dan kemudahan yang lebih ergonomik. Pelanggan kelainan upaya berupaya untuk berinteraksi dengan maklumat secara kendiri dengan bimbingan yang minimum melalui Perkhidmatan Rujukan OKU. Kerjasama dengan dan sokongan Universiti Teknologi Mara merupakan pemangkin dalam mewujudkan perkhidmatan rujukan untuk orang kurang upaya. Perpustakaan Sultan Badlishah sentiasa bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk lebih memahami keperluan unik pengguna kelainan upaya dalam penambahbaikan perkhidmatan rujukan di perpustakaan. Program-program promosi dan bengkel dapat meningkatkan kesedaran berkaitan Perkhidmatan Rujukan OKU yang diwujudkan dapat membantu golongan ini mencapai akses rujukan yang maksimum.

Metadata

Item Type: Monograph (Manual)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Hasan, Hasrizal
hasri789@uitm.edu.my
Mohd, Hamidah
hamidah959@uitm.edu.my
Zainol, Omar
omar6379@uitm.edu.my
Baharom, Mat Asri
matasri@uitm.edu.my
Mohd Sidik, Shazmie Huzni
shazmie@uitm.edu.my
Zainol, Mohd Amin
amin513@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Hamzah, Noor Azlina
nazlina362@uitm.edu.my
Subjects: T Technology > T Technology (General) > Technological change
T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Keywords: UiTM, OKU, eView
Date: February 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/110495
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 110495..pdf] Text
110495..pdf

Download (5MB)

ID Number

110495

Indexing

Statistic

Statistic details