Abstract
Perpustakaan Tun Abdul Razak Kampus Tapah telah mengadakan taklimat perpustakaan kepada 210 pelajar baharu Diploma UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah bersempena dengan Minggu Destini Siswa (MDS). Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains Gunaan, dan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media. Taklimat ini diadakan dengan tujuan memberikan pendedahan yang lebih mendalam mengenai pencarian bahan maklumat dan perkhidmatan perpustakaan khususnya bagi UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah. Dalam taklimat ini, pera pelajar diberikan maklumat dan penjelasan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan seperti, MobileApp@PTAR, My Knowledge Management (MYKM), Kelas Kemahiran Maklumat (KKM) serta kaedah untuk mencari bahan maklumat yang terdapat di dalam perpustakaan menggunakan web OPAC. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pustakawan, Encik Aizu Hakimi Bin Mohd Adnan, yang dibantu oleh Pembantu Pustakawan, Encik Mohamad Arif Bin Mohamed Yusof. Dengan adanya taklimat seperti ini, diharapkan pelajar-pelajar dapat memanfaatkan perkhidmatan perpustakaan dengan lebih berkesan dan dapat meningkatkan prestasi akademik mereka pada masa akan datang.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Bahagian Korporat dan Kolaborasi UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Mohd Adnan, Aizu Hakimi UNSPECIFIED |
Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library education. Training Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography > The collections. The books |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
Journal or Publication Title: | IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak |
ISSN: | 2735-1920 |
Keywords: | Buletin, PTAR, IQRA' |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/110179 |