Abstract
Institut Teknologi MARA atau Dewan Latihan RIDA ketika itu telah ditubuhkan dalam tahun 1956. Dewan Latihan RIDA ini telah memulakan kursusnya pada bulan November 1956. Ekoran daripada Kongres Ekonomi Bumiputera yang diadakan pada tahun 1965. nama Dewan Latihan RIDA telah ditukarkan kepada Maktab MARA. Dengan perkembangan dari segi jumlah bilangan pelaiar dan kursus yang ditawarkan maka untuk menampung keperluan ini Maktab MARA perlu diperluaskan. Untuk tujuan ini kerajaan telah meluluskan sebidang tanah seluas 300 ekar di Shah Alam dan perletakan batu asas telah diadakan pada 14hb. Oktober. 1967. Dengan perletakan batu asas ini nama Maktab MARA telah ditukar kepada Institut Teknologi MARA sehingga ke tarikh ini. Untuk memperkemaskan lagi pentadbiran Bahagian Latihan MARA pihak MARA telah mengusahakan supava Institut Teknologi MARA ditadb'rkan oleh Mailis Pentadbirnya sendiri. Oleh yang demikian pada akhir tahun 1970 Institut Teknologi MARA telah diberi otonomi penuh dan tidak lagi diletakkan di bawah Bahagian Latihan MARA. Perkembangan ITM selepas tarikh ini merupakan seiarah yang pesat dan cemerlang dalam kemaiuan pendidikan tinggi di tanah air. Apabila Akta Institut Teknologi MARA telah diluluskan
oleh Parlimen pada bulan Jun 1976. ITM telah diletakkan terus di bawah Kementerian
Pendidikan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Annual Report) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Shah Alam, Pusat Percetakan ITM UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) > Yearbooks L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press) |
Date: | 1987 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11004 |