Abstract
Transkrip temubual ini adalah mengenai sęjarah-sejarah Kampung Sungai Siput dan dibantu dengan pengetahuan En Yem bin Lateh sebagai salah seorang penduduk Kampung Sungai Siput merangkap Bekas Ketua Kampung Sungai Siput yang telah menetap di Kampung Sungai Siput semenjak awal pembukaan Kampung Sungai Siput. Beliau merupakan salah seorang yang berpengeîahuan luas tentang Kampung Sungai Siput dan juga salah seorang yang tepat untuk dirujuk. Kerjasama daripada En Yem bin Lateh telah banyak membantu kami dalam mengkaji sejarah Kampung Sungai Siput dimana melalui tembual tersebut tersingkap sebuah sejarah dimana Kampung Sungai Siput pernah menjadi sebuah tempat yang merakam sejarah Peperangan Jementah pada tahun 1879 dimana sebuah kubu telah dibina di Kampung Sungai Siput dan kubu tersebut dinamakan Kubu Sungai Siput. En Yem bin Latehjuga telah berkongsi cerita di mana Kampung Sungai Siput pernah menjadi tempah jqjahan Askar Komunis Cina tetapi tiada tragedi buruk berlaku ketika penjajahan malahan mereka telah bernegosiasi dengan Pihak Komunis demi keamanan penduduk Kampung Sungai Siput. Melalui temubual tersebut, kami mendapat maklumat tentang pertumbuhan ekonomi, adat resam kampung, tokoh perintis di sebalik penubuhan Kampung Sungai Siput, serta kisah menarik di lokaliti dan pembangunan dan kemajuan semasa Kampung Sungai Siput.
Metadata
| Item Type: | Oral History | 
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Yusle, Nisa Iwana 2022919993 Azman, Nur Amirah 2022747957 | 
| Subjects: | H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform | 
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Computer and Mathematical Sciences | 
| Keywords: | oral history, Kampung Sungai Siput, local history, community heritage, Malaysia, cultural studies | 
| Date: | 2023 | 
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/109905 | 
 
				
![[thumbnail of 109905.pdf]](https://ir.uitm.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
 
		