Abstract
Kalimah Jumaat diambil dari kata dasar jama’a yang bermaksud suatu bilangan ramai. Manakala hari Jumaat diberi nama kerana pada hari itu orang Islam berhimpun, terkumpul banyak amalan kebaikan atau kerana pertemuan antara Adam dan Hawa di Arafah. Harinya adalah yang terbaik di kalangan hari dalam seminggu, barangsiapa yang mati pada harinya maka diberi ganjaran pahala syahid serta terselamat fitnah kubur iaitu dengan diringankan persoalan kubur atau terselamat dari disoal oleh malaikat. Bagi umat Islam malamnya adalah semulia malam setelah malam lailatul qadar dan malam lailatul qadar adalah lebih baik dari malam israk. Sesungguhnya hari Jumaat merupakan hari agung yang diberi oleh Allah Taala dan diisi di dalamnya dengan kelebihan, diatur di dalamnya beberapa syiar dan peraturan serta dimuliakan umat Islam dengan menjadikannya sebagai penghulu segala hari. Diriwayatkan oleh Abu Lubabah al-Badri bahawa Nabi saw telah bersabda: “Sesungguhnya hari Jumaat ialah penghulu segala hari dan hari yang paling agung disisi Allah Taala bahkan baginya ia lebih agung dari hari raya qurban dan hari raya puasa. Padanya ada lima peristiwa iaitu: Allah Taala menciptakan Adam, Allah Taala menurunkan Adam ke bumi, hari kewafatan Nabi Adam a.s, di dalamnya terdapat satu saat di mana tidak seorang hamba pun memohon sesuatu padaNya kecuali akan dikabulkan Allah selama yang dimintanya bukan sesuatu yang haram, serta pada hari Jumaat itu pula terjadinya kiamat, maka tiada satu malaikat Muqarrabin pun, tiada pula langit, bumi, angin, gunung atau lautan, melainkan semuanya takut pada hari Jumaat.” (Hadis Hasan Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah)
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Satari, Hisam UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam L Education > L Education (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Jumaat, puasa, Islam, Adam, Hawa, Arafah |
Date: | December 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/109102 |