Abstract
Penulis dan keluarga berkesempatan untuk berkunjung ke Dubai pada 11 September 2023. Kunjungan ke Dubai, mengambil kesempatan transit sebelum ke destinasi asal iaitu Turkiye. Transit hampir 13 jam itu memberi peluang kepada kami untuk meneroka bandar moden Dubai. Dubai merupakan salah sebuah wilayah di bawah negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang terletak di pesisir Teluk Parsi. Terdapat tujuh wilayah Emiriah yang membentuk UAE termasuk Abu Dhabi, Ajman, Fujairah, Ras al-Khaimah, Sharjah dan Umm al-Qaiwain. Dubai yang pada asalnya merupakan perkampungan nelayan pada abad ke-18 kini telah mengalami pemodenan sehingga membentuk sebuah kota metropolitan yang terkenal di dunia. Kami berlepas dari Malaysia pada jam 7.20 malam waktu Malaysia dan mendarat di Dubai International Airport (DXB) setelah tujuh jam perjalanan. Setibanya di lapangan terbang, kami menunaikan solat Maghrib dan Isyak dah berehat sebelum bergerak menerokai bandar Dubai. Kami tidak merancang untuk check-in ke mana-mana penginapan sebaliknya hanya berehat di kerusi-kerusi yang ada di lapangan terbang sementara menunggu pemandu dan kereta sewa yang telah ditempah awal sebelum itu. Setelah berehat, Adnan dan Irfan, pemandu berketurunan Pakistan membawa kami ke lokasi pertama iaitu Masjid Jumeirah untuk menunaikan solat Subuh. Dalam perjalanan, kami menikmati pemandangan yang indah, walaupun cuaca sudah mulai panas. Suhu di telefon pintar menunjukkan 39° Celsius. Masjid Jumeira dibina oleh al-Marhum Syeikh Rashid bin Saeed al-Maktoum, pemerintah pada tahun 1958 dan dihadiahkan kepada rakyat Dubai.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Pauzi, Nasif Sidquee UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam L Education > L Education (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Travelog, Dubai, bumi, al-Fatih, Emiriah Arab Bersatu, UAE |
Date: | December 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/109100 |