Fiqh wanita: keharusan hukum menziarahi kubur / Mohd Kamel Mat Salleh

Mat Salleh, Mohd Kamel (2024) Fiqh wanita: keharusan hukum menziarahi kubur / Mohd Kamel Mat Salleh. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Islam membenarkan penganutnya menziarahi kubur sama ada kepada kaum lelaki mahupun perempuan. Ini berdasarkan kepada umum hadith maksudnya “daripada Buraidah al-Husaib al-Aslami ra berkata: bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, maka kini ziarahilah ia (Riwayat Muslim, Imam at-Tirmizi menambah: kerana ziarah kubur itu mengingatkan kepada hari akhirat)”. Sebenarnya, larangan dan tegahan itu merujuk kepada zaman awal Islam. Generasi itu baru sahaja meninggalkan zaman jahiliah dan masih berada dalam keadaan di mana mereka tidak dapat mengelak daripada ucapan kotor dan keji seperti meratap, meraung dan menjerit, yang selama ini menjadi kebiasaan mereka. Apabila Islam tiba, amalan jahiliah telah dihapuskan dan kehidupan mereka semakin aman. Islam juga telah menetapkan aturannya sendiri mengenai jenazah dan kematian, yang membolehkan orang menziarahi kubur. Dalam hadith yang lain, daripada Abu Hurairah maksudnya “bahawa Nabi S.A.W. pergi menziarahi makam ibunya, baginda menangis dan orang-orang di sekelilingnya turut menangis. Nabi S.A.W. telah bersabda: aku telah memohon keizinan kepada Tuhanku untuk memohon ampun bagi ibuku tetapi Dia tidak mengizinkannya. Oleh sebab itu aku meminta izin menziarahi makamnya, maka diizinkannya, maka ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkan kepada kematian” (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim serta Ashab Sunan kecuali at-Tirmizi)

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mat Salleh, Mohd Kamel
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
L Education > L Education (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Fiqh, wanita, kubur, Islam
Date: December 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108933
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 108933.pdf] Text
108933.pdf

Download (757kB)

ID Number

108933

Indexing

Statistic

Statistic details