Abstract
Pada 24 Jun 2023 yang lalu, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Jambatan Kedua Sdn Bhd dengan Kerjasama Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang telah menganjurkan satu kempen menderma darah bagi membantu pihak hospital mendapatkan lebih ramai penderma. Program ini telah dilaksanakan di AEON Bukit Mertajam Pualau Pinang. Program ini merupakan satu program kolaborasi bersama di antara pihak UiTM Cawangan Pulau Pinang, Jambatan Kedua Sdn Bhd dan masyarakat setempat sekitar UiTM Cawangan Pulau Pinang. Program ini menyasarkan sebanyak 100 penyertaan daripada masyarakat termasuk warga UiTM Cawangan Pulau Pinang. Program ini juga merupakan salah satu program yang dijalankan bagi mencapai beberapa 'Performance Indicator' dalam perancangan strategik Universiti Teknologi MARA 2025 yang melibatkan aktiviti bersama syarikat di bawah MoU, program tanggungjawab sosial university (USR), nilai media dan 'Knowledge Transfer Program' (KTP). Oleh yang demikian, program ini telah memberikan impak yang besar kepada UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam meletakkan kampus sebagai sumber ilmu dan sosial kepada industri dan masyarakat.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hasan, Daliah UNSPECIFIED Abdul Hamid, Mohd Samsudin UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Kuan, Woei Keong UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin FKA |
ISSN: | 2716-6325 |
Keywords: | Buletin FKA, PKAPP, UiTM Cawangan Pulau Pinang |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108516 |