Abstract
Firman Allah SWT dalam al Quran yang bermaksud:“.. dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa..” (Al-Baqarah, 2:41) Dr Wahbah al-Zuhayli dalam Tafsir al-Munir menjelaskan ianya membawa maksud mereka menukar ayat-ayat Allah penuh kebenaran dengan gantian sedikit dan harta yang murah. Maka jadilah ia penukaran yang merugikan apabila kebenaran yang besar digantikan dengan nisbah sedikit dan hina. Imam al-Qurtubi dalam Tafsir al Jami’ li Ahkam al-Quran mentafsirkannya sebagai larangan mengambil atas ayat-ayat Allah itu sebagai harga yang ertinya rasuah (habuan) atas mengubah sifat Nabi Muhammad SAW. Larangan ditujukan buat pendeta Yahudi yang telah melakukan pengubahan tersebut. Maksudnya Allah Taala telah menempelak para pendeta dan bijak pandai dari kalangan orang-orang Yahudi yang telah menukar sifat Nabi SAW yang telah tertulis dalam kitab-kitab mereka sehingga apabila dibacakan kitab tersebut nescaya tidak ada lagi menyebut tentang Nabi Muhammad SAW lalu orang-orang Yahudi tidak akan memeluk agama Islam.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Dahalan, Zulkifli UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Radzi, Hisyam UNSPECIFIED Chief Editor Said, Shahirah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin ACIS 2024 UiTMCPP |
ISSN: | 3030-6655 |
Keywords: | e-Buletin ACIS, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108259 |