Abstract
Palestin menuntut kemerdekaan bermula pada tahun 1948. Apabila negara umat Islam ini diambil secara tidak bermaruah untuk ditempatkan pendatang Yahudi. Hal ini berlaku setelah kaun Yahudi ditolak oleh negara-negara lain. Walaupun bersilih ganti pimpinan HAMAS terkorban syahid, tidak pernah mematikan semangat juang umat Islam Palestin untuk memerdekakan tanah air mereka. Kesyahidan Pemimpin HAMAS Syeikh Ahmad Yaasin, Dr. Abdul Aziz al-Rantisi, Syeikh Ismail Haniyeh adalah antara tokoh pembangkit jiwa pejuang Palestin. Ismail Abdul Salam Haniyyeh adalah tokoh terkini yang terkorban syahid. Beliau terdedah kepada beberapa percubaan bunuh sebelum ini dan salah satunya ketika bersama Syeikh Ahmad Yaasin pada tahun 2003. Beliau dipilih menjadi anggota Majlis Perundangan Palestin pada tahun 2008 dan dipilih menjadi Perdana Menteri Palestin ke 11 dalam kerajaan yang dibentuk pada tahun 2007. Syeikh Ismail Haniyyeh ditahan buat kali pertama pada tahun 1987 dan diusir ke Marj al-Zuhur di Selatan Lubnan. Memimpin HAMAS selepas kesyahidan Dr. Abdul Aziz al-Rantisi pada tahun 2004. Beliau dipilih menjadi Ketua Biro Politik HAMAS pada Mei 2017. Syeikh Ismail Haniyyeh disahkan syahid pada 31 Julai 2024 di Tehran, Iran ketika usianya 62 tahun. Pemergiannya setelah beberapa anggota keluarganya turut syahid sebelum itu.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Dahalan, Zulkifli UNSPECIFIED Hehsan, Muhamad Rafiqi UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Radzi, Hisyam UNSPECIFIED Chief Editor Said, Shahirah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin ACIS 2024 UiTMCPP |
ISSN: | 3030-6655 |
Keywords: | e-Buletin ACIS, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108258 |