Abstract
Harta yang dianugerahkan kepada manusia merupakan hak milik Allah SWT secara mutlak dan manusia hanyalah diberi amanah untuk mengurus, memelihara dan memanfaatkannya untuk diri sendiri, masyarakat dan agama demi mendapatkan keredhaan Allah SWT. Islam menggalakkan umatnya memperoleh dan memelihara harta. Menurut al-Syatibi, harta merupakan salah satu daripada lima maslahat yang diberikan perhatian dalam maqasid syariah selain daripada maslahat memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal fikiran (intelek), dan memelihara keturunan atau kehormatan. Islam juga melihat harta sebagai suatu yang baik dan berfungsi sebagai alat yang membantu kehidupan manusia serta merupakan salah satu kurniaan Allah SWT yang besar untuk kesejahteraan manusia di dunia dan di akhirat. Konflik keluarga adalah perkara yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan masyarakat. Pertikaian mengenai harta pusaka sering kali menjadi punca utama konflik dalam kalangan ahli keluarga terutamanya selepas kematian ketua keluarga.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Din, Zaiton UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Radzi, Hisyam UNSPECIFIED Chief Editor Said, Shahirah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin ACIS 2024 UiTMCPP |
ISSN: | 3030-6655 |
Keywords: | e-Buletin ACIS, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108254 |