Analisis penerimaan dan niat meneruskan penggunaan aplikasi zakat digital di Malaysia / Noraini Saro

Saro, Noraini (2023) Analisis penerimaan dan niat meneruskan penggunaan aplikasi zakat digital di Malaysia / Noraini Saro. PhD thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Perkembangan teknologi digital telah mentransformasikan pelbagai industri dari aktiviti berasaskan manual kepada aktiviti yang berasaskan automatik dan transaksi secara dalam talian, ini termasuklah industri zakat. Dengan kemajuan teknologi digital, terdapat banyak aplikasi di Malaysia yang boleh digunakan untuk mengutip dan mengagihkan zakat. Namun, di sebalik penggunaan Internet secara meluas di negara ini, terdapat cabaran dalam menerima sepenuhnya teknologi digital, termasuk penggunaan teknologi yang tidak konsisten oleh institusi zakat dan kehadiran kemiskinan digital di kawasan bandar dan luar bandar. Sehubungan dengan itu kajian ini dijalankan bagi menganalisis penerimaan dan niat dalam meneruskan penggunaan aplikasi zakat digital yang dilaksanakan di institusi zakat Malaysia melalui Teori Penerimaan teknologi (UTAUT) dan Model Jangkaan Pengesahan (ECM). Kajian ini telah melibatkan seramai 405 responden yang terdiri daripada pengguna aplikasi zakat digital di tiga buah negeri iaitu Negeri Kedah, Selangor dan juga Kuala Lumpur. Hasil kajian dianalisis secara deskriptif, korelasi dan regresi berganda dengan menggunakan perisian SPSS Versi 27. Hasil kajian mendapati bahawa tahap penerimaan dan niat meneruskan penggunaan aplikasi zakat digital adalah di tahap yang tinggi dengan nilai min keseluruhan M=4.15. Seterusnya hasil kajian mendapati hubungan antara penerimaan teknologi dan niat meneruskan penggunaan aplikasi zakat digital adalah signifikan meneruskan penggunaan aplikasi dengan nilai-nilai r =.833p<.000. Manakala bagi faktor dominan dalam mempengaruhi niat meneruskan penggunaan aplikasi zakat digital ialah faktor penerimaan bagi jangkaan kemudahan dengan nilai (β.323,<p=.000). Hasil kajian juga mendapati penerimaan teknologi mempengaruhi niat meneruskan penggunaan aplikasi zakat digital sebanyak 95.2% peratus. Secara umumnya aplikasi zakat digital mendapat tempat dalam kalangan masyarakat untuk melaksanakan zakat serta memperolehi maklumat zakat dan juga menggunakan perkhidmatan zakat dengan lebih efektif. Kajian ini juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran, serta keperluan, terhadap pelaksanaan dan penggunaan aplikasi zakat digital secara proaktif dalam membangunkan ekonomi Islam juga meningkatkan kesejahteraan ummah.

Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Saro, Noraini
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Mat Rani, Mohd Afandi
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Bhari, Azri
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Doctor of Philosophy
Keywords: Aplikasi zakat digital, ECM ,UTAUT, Malaysia
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108251
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 108251.pdf] Text
108251.pdf

Download (344kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

108251

Indexing

Statistic

Statistic details