Abstract
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanaha Wata'ala kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Mini Konvensyen KIK HEP UiTM ShahAlam 201S. Pertandingan sebegini adalah bertujuan mewujudkan semangat kerjasama dalam persaingan sihat disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan warga kerja Bahagian hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam. Penganjuran Mini Konvensyen KIK ini adalah suatu inisiatif penting dan tidak harus dilihat sebagai satu acara berbentuk pertandingan semata-mata yang hanya disertai oleh peserta-peserta konvensyen. Dalam konteks yang lebih luas. Mini Konvensyen KIK ini hendaklah diterjemahkan sebagai komitmen berterusan pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggannya terutama Konvensyen ini juga pelajar-pelajar. merupakan usaha Penganjuran Mini Bahagian HEP membudayakan elemen kreativiti dan inovasi di dalam diri setiap kakitangannya pada setiap lapisan dan peringkat organisasi. Dalam mencari kaedah-kaedah baru ketika melaksanakan sesuatu tugasan, kita perlu kreatif dan inovatif dalam apa sahaja yang kita lakukan supaya ia dapat memberi nilai tambah. Nilai tambah inilah yang sebenarnya membezakan kita dengan orang lain, sama ada dari segi kualiti perkhidmatan ataupun aktiviti-aktiviti pembangunan pelajar yang kita laksanakan. Di samping itu, inovasi boleh berlaku hasil cetusan idea yang kreatif bermula dari perkara-perkara yang kecil kepada perkara yang besar dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) inqka@uitm.edu.my |
Event Title: | Mini Konvensyen KIK HEP UiTM ShahAlam 2015 |
Event Dates: | 11-12 Mei 2015 |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108232 |