Abstract
GEORGETOWN, 21 Julai 2023 – Seramai 13 orang pensyarah daripada Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah menerima Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Majlis penyerahan tauliah tersebut telah diadakan pada 20 Julai 2023, Khamis bertempat di Dewan Syarahan Masjid Negeri Pulau Pinang. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua MAINPP. Majlis tersebut diisi dengan amanat oleh YB Dato’ TKM diikuti lafaz ikrar Aku Janji serta tandatangan oleh para penerima tauliah. Penganugerahan ini merupakan satu amanah yang bermakna buat semua pensyarah ACIS UiTMCPP untuk terus memberikan khidmat bakti dan sumbangan kepada warga kampus khususnya serta masyarakat di Pulau Pinang keseluruhannya. Sebagaimana yang sedia dimaklumi, kewujudan pihak berkuasa agama di setiap negeri bertanggungjawab untuk menjaga umat Islam di negeri masing-masing terutama dari sudut akidah dan syariah supaya mereka tidak menyimpang dari jalan yang benar. Antara aspek yang menjadi tanggungjawab pihak berkuasa agama ialah memastikan setiap guru atau penceramah yang mengajar dan membimbing masyarakat Islam itu mempunyai tauliah.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Din, Zaiton UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Radzi, Hisyam UNSPECIFIED Chief Editor Said, Shahirah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin ACIS 2024 UiTMCPP |
ISSN: | 3030-6655 |
Keywords: | e-Buletin ACIS, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108223 |