Abstract
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Jamuan Aidilfitri ACIS UiTMCPP 1444H. Program Jamuan Aidilfitri telah dihadiri oleh kesemua staf akademik ACIS bersama ahli keluarga masing-masing. Majlis yang bermula pada jam 8 malam itu diserikan dengan kehadiran rakan-rakan pensyarah ACIS yang telah berpencen bersama keluarga mereka. Antara yang hadir adalah al-Fadhil Ustaz Sofwan Hasbullah, Ustaz Zulfikri Mohd Zain, serta Ustazah Norhasidah Abu Bakar. Hidangan Istimewa tradisi Hari Raya seperti lemang, ketupat, rendang, sate dan pelbagai kuih-muih serta biskut raya yang menjadi pilihan ramai turut memeriahkan suasana. Kemeriahan turut dirasai dengan dekorasi menarik di seluruh ruang legar pejabat ACIS hasil sentuhan AJK dekorasi Ustazah Zaiton Din, Ustazah Habibah Ayob dan Ustazah Dr. Shahirah Said yang telah bertungkus lumus menyiapkan dekorasi sambutan lebaran.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Din, Zaiton UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Radzi, Hisyam UNSPECIFIED Chief Editor Said, Shahirah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin ACIS 2024 UiTMCPP |
ISSN: | 3030-6655 |
Keywords: | e-Buletin ACIS, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108220 |