Abstract
Seterusnya diikuti dengan taklimat terperinci mengenai proses dan prosedur permohonan program baharu, tips dan tricks kelulusan program baharu dan penyediaan dokumen oleh PM. Dr. Ts. Dr. Zainal Hashim. Akademik Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) telah mengadakan pertemuan bersama Koordinator UHEK UiTMCPP iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Zainal Hisham bagi mendapatkan taklimat dan makluman mengenai penubuhan program baharu ACIS iaitu Ijazah Sarjana Muda Halal Industri dengan Pengurusan Makanan. Taklimat tersebut diadakan pada tarikh 12 September 2023 yang bertempat di bilik mesyuarat ACIS. Taklimat ini juga telah dihadiri oleh semua pensyarah yang terlibat. Antara agenda yang telah dibincangkan ialah maklumat ringkas latar belakang program baru ACIS oleh Ketua Unit Program Baharu ACIS iaitu Dr. Muhammad Anas Ibrahim. Taklimat yang diakhiri dengan sesi soal jawab antara pihak ACIS dengan UHEK telah mencapai objektifnya kerana dapat memberi banyak pencerahan serta dapat menjawab beberapa isu berbangkit dalam proses penubuhan program baharu ACIS.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Said, Shahirah UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Radzi, Hisyam UNSPECIFIED Chief Editor Said, Shahirah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin Acis 2024 UiTMCPP |
ISSN: | 3030-6655 |
Keywords: | e-Buletin ACIS, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108176 |