Abstract
Pengurusan kewangan dan perancangan kewangan boleh membantu orang ramai berbelanja dan menyimpan wang secara berhemat. Dengan keadaan ekonomi yang semakin meruncing, perancangan dan pengurusan kewangan perlu dititikberatkan sebelum berbelanja. Ketua keluarga perlu merancang dan mengawal aliran kewangan dalam perbelanjaan bagi mengelakkan kepincangan dari aspek keperluan utama. Penggunaan kredit yang terlalu banyak, kekurangan perancangan, perbelanjaan berlebihan, kemahiran membeli dan berbelanja yang lemah, gaji yang rendah, dan kekurangan pendidikan kewangan, serta kekurangan pengetahuan kewangan, telah mengakibatkan hutang yang besar bagi rakyat Malaysia. Mengikut fakta rekod muflis, ia banyak berlaku akibat penggunaan kad kredit terutamanya dalam kalangan anak muda. Oleh itu, kesedaran, pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengurusan kewangan dalam kalangan pengguna perlu dipertingkatkan melalui kaedah pendidikan pengguna yang berkesan. Jabatan Insolvensi Malaysia merekodkan 34,043 kes muflis dari 2019 hingga April 2023, dengan golongan belia di bawah 44 tahun paling terjejas. Peningkatan kebankrapan adalah disebabkan oleh kehidupan boros yang melebihi had mereka.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Nurfahiratul Azlina UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Radzi, Hisyam UNSPECIFIED Chief Editor Said, Shahirah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin Acis 2024 UiTMCPP |
ISSN: | 3030-6655 |
Keywords: | e-Buletin ACIS, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108171 |