Abstract
Adab dan Kaedah Pelupusan Al-Quran: Bukti daripada Sejarah penurunan al-Quran telah menunjukkan bahawa al-Quran itu adalah satu kitab mulia yang perlu dijaga dari semua sudut sehingga ke proses pelupusannya. Maka, longgokan bahan hiasan atau kertas yang mengandungi ayat suci al-Quran mestilah dibuang atau dihapuskan dengan cara yang betul iaitu dengan kaedah yang telah ditetapkan oleh para ulama seperti dibakar, ditanam, dibasuh, dicarik dan menggunakan kaedah baharu berteknologi hijau iaitu penyahtintaan (deinking). Justeru itu, setiap kaedah yang telah dibenarkan oleh para ulama tersebut hendaklah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama. Menurut Universiti Sains Islam Malaysia (2023), garis panduan yang telah ditetapkan adalah merangkumi dari semua sudut iaitu dari pelaku yang melupuskan al-Quran sama ada berhadas besar atau kecil ketika melakukan proses tersebut, tempat dan persekitaran bagi pelupusan tersebut dijaga kebersihannya atau tidak bercampur dengan kitab selain al-Quran atau buku-buku agama yang mempunyai kalamullah dan sebagainya.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Wakil, Najwa Alyaa UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Radzi, Hisyam UNSPECIFIED Chief Editor Said, Shahirah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin Acis 2024 UiTMCPP |
ISSN: | 3030-6655 |
Keywords: | e-Buletin ACIS, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108164 |