Kemuliaan Al-Quran / Najwa Alyaa Abd Wakil

Abd Wakil, Najwa Alyaa (2024) Kemuliaan Al-Quran / Najwa Alyaa Abd Wakil. Bulletin. Unit Penerbitan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).

Abstract

Al-Quran adalah merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan malaikat Jibril a. s. Peringkat bagi penurunan al-Quran terbahagi kepada tiga: Peringkat pertama daripada Allah S.W.T. kemudian turun ke Loh Mahfuz secara sekaligus. Peringkat kedua ialah daripada Loh Mahfuz ke Baitul Izzah secara sekaligus pada malam Lailatul Qadar. Hal ini bertepatan dalam firman Allah: (Surah al-Qadr: 1) yang bermaksud, sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar. Peringkat ketiga ialah daripada Baitul Izzah kepada Rasulullah S.A.W. selama 23 tahun secara berperingkat iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah (Yusoff, 2020). Wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. adalah surah al-‘Alaq iaitu pada 17 Ramadhan. Justeru itu, proses penurunan al-Quran adalah merupakan salah satu bukti yang menunjukkan bahawa al-Quran adalah wahyu yang datangnya daripada Allah S.W.T. dan bukannya daripada manusia. Menurut Kamri (2021), al-Quran dipercayai diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun, bermula pada tahun 610 Masihi sehingga 632 Masihi. Wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW adalah di Gua Hira’, yang terletak di Jabal Nur, Mekah.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Wakil, Najwa Alyaa
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Mohd Radzi, Hisyam
UNSPECIFIED
Chief Editor
Said, Shahirah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin Acis 2024 UiTMCPP
ISSN: 3030-6655
Keywords: e-Buletin ACIS, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Pulau Pinang
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108161
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 108161.pdf] Text
108161.pdf

Download (22MB)

ID Number

108161

Indexing

Statistic

Statistic details