Pujian yang membinasakan / Hisyam Mohd Radzi

Mohd Radzi, Hisyam (2024) Pujian yang membinasakan / Hisyam Mohd Radzi. Bulletin. Unit Penerbitan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).

Abstract

Seorang lelaki memuji lelaki lain di hadapan Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam, lalu Baginda bersabda: "Celaka engkau! Engkau telah memotong leher sahabatmu, engkau telah memotong leher sahabatmu," Baginda mengulanginya beberapa kali. Kemudian Baginda bersabda: "Sesiapa di antara kamu yang ingin memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: 'Saya kira si fulan begini dan begitu, dan Allah-lah yang menilainya. Saya tidak menganggap suci sesiapapun di hadapan Allah. Saya kira dia begini dan begitu,' jika dia memang mengetahui hal itu tentangnya." Hadis riwayat al-Bukhari; no. 2662. Memuji orang dengan kebaikan atau mencela mereka dengan keburukan adalah perkara yang serius dalam Islam. Syariat ini telah menetapkan garis panduan khusus untuk hal ini. Islam menjadikan pengetahuan yang baik tentang orang yang ingin disifatkan sebagai syarat untuk menggambarkannya dengan baik atau buruk. Syariat ini juga memberi ancaman terhadap individu yang menyifatkan seseorang dengan sifat yang tidak ada padanya. Dalam Islam, memuji seseorang pada dasarnya dibolehkan, namun ada beberapa syarat yang perlu diperincikan. Pujian tersebut haruslah berdasarkan kebenaran bukan pembohongan. Selain itu, pujian tidak boleh menimbulkan fitnah atau menyebabkan orang yang dipuji menjadi sombong.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Radzi, Hisyam
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Mohd Radzi, Hisyam
UNSPECIFIED
Chief Editor
Said, Shahirah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin Acis 2024 UiTMCPP
ISSN: 3030-6655
Keywords: e-Buletin ACIS, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Pulau Pinang
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108137
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 108137.pdf] Text
108137.pdf

Download (23MB)

ID Number

108137

Indexing

Statistic

Statistic details