Abstract
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, syukur kita panjatkan ke hadrat Ilahi atas segala nikmat dan rahmat-Nya yang tidak terhingga. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, saya mengalu-alukan para pembaca yang budiman ke Buletin ACIS Edisi 2024. Buletin ini hadir sebagai wadah ilmiah yang menghubungkan antara tradisi keilmuan Islam dan realiti kontemporari, mengetengahkan kesarjanaan Islam dalam masyarakat. Kesarjanaan Islam kontemporari bukan sekadar tentang kajian teks-teks klasik, tetapi juga melibatkan penerapan prinsip-prinsip Islam dalam konteks moden. Ia menuntut kefahaman mendalam terhadap warisan intelektual Islam, serta kemampuan untuk menginterpretasi dan mengaplikasikannya dalam menangani isu-isu semasa. Kesarjanaan yang benar benar bermakna adalah yang mampu menterjemahkan ilmu menjadi tindakan yang memberi manfaat kepada masyarakat. Ia menuntut para sarjana untuk keluar dari menara gading dan terlibat secara aktif dalam menangani cabaran-cabaran semasa, baik di peringkat komuniti, nasional mahupun global. Melalui buletin ini, kami berharap dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berilmu, berintegriti, dan peka terhadap realiti sosial. Kami menyasarkan untuk menjadikan wacana akademik lebih mudah diakses dan difahami oleh masyarakat umum, serta menunjukkan bagaimana prinsip-prinsip Islam dapat diterapkan dalam pelbagai aspek kehidupan moden.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Radzi, Hisyam UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Radzi, Hisyam UNSPECIFIED Chief Editor Said, Shahirah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin Acis 2024 UiTMCPP |
ISSN: | 3030-6655 |
Keywords: | e-Buletin ACIS, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108129 |