Abstract
Pada 12 dan 13 Mei 2023, Persatuan Bahasa Inggeris dan Kelab Budi Penyayang dari Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah bergabung tenaga untuk menganjurkan program perkongsian ilmu di Maahad Riyadhul Quran (MRIQ) di Sungai Petani, Kedah. Program ini bertujuan untuk memupuk kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar madrasah serta memperkaya pengalaman pembelajaran mereka melalui teknik gamifikasi. Program yang bertemakan "Empowering Tahfiz Students through Gamification" atau "Memperkasakan Pelajar Tahfiz Melalui Gamifikasi", merupakan kesinambungan daripada kejayaan dua program terdahulu iaitu "Madrasah Visit & Exchange of Knowledge 2022" dan "Gamification of English, Mathematics & Science 2022". Program ini bertujuan untuk menggalakkan interaksi bermakna antara pelajar UiTM dengan pelajar tahfiz melalui penggunaan teknik pengajaran yang kreatif dan menarik.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Affendy Lee, Noor Azli UNSPECIFIED Abdul Halim, Muhammad Aiman UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abd Ghani, Kay Dora UNSPECIFIED Chief Editor Rozli @ Rosli, Mohd Ikmal Fazlan UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | Apa Habaq Hangpa? |
ISSN: | 3009-1616 |
Keywords: | Buletin USR, PJIM&A, UiTMCPP |
Date: | September 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/107955 |