Abstract
Pengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) dengan kerjasama Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) dan Hospital Seberang Jaya telah menganjurkan sebuah program derma darah yang diadakan di AEON Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Program ini merupakan satu inisiatif kolaboratif antara pihak universiti, pihak industri dan hospital untuk menyumbang kepada masyarakat setempat. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menderma darah serta menggalakkan lebih ramai orang untuk menjadi penderma darah sukarela. Sebagai salah satu aktiviti dalam perancangan strategik Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2025, program ini menyasarkan sekurang-kurangnya 100 penyertaan daripada warga UiTM Cawangan Pulau Pinang dan penduduk tempatan. Inisiatif ini selari dengan beberapa 'Performance Indicator' yang ditetapkan UiTM, termasuk aktiviti bersama syarikat di bawah Memorandum Persefahaman (MoU), program tanggungjawab sosial universiti (USR), nilai media dan 'Knowledge Transfer Program' (KTP). Penglibatan Jambatan Kedua Sdn Bhd sebagai rakan strategik korporat menunjukkan kemampuan UiTM untuk membina jaringan kolaboratif yang strategik. Kerjasama dengan pihak hospital pula memastikan program ini mendapat sokongan dan kepakaran teknikal yang diperlukan untuk pelaksanaan yang efektif.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hasan, Daliah UNSPECIFIED Abdul Hamid, Mohd Samsudin UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abd Ghani, Kay Dora UNSPECIFIED Chief Editor Rozli @ Rosli, Mohd Ikmal Fazlan UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | Apa Habaq Hangpa? |
ISSN: | 3009-1616 |
Keywords: | Buletin USR, PJIM&A, UiTMCPP |
Date: | September 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/107945 |