Abstract
IQRA' ialah wadah penghubung antara Perpustakaan UiTM dan pembaca. Berita-berita yang diterbitkan mencerminkan kesungguhan perpustakaan melaksanakan amanah mengemudi perpustakaan demi melihat kejayaan anak bangsa pada masa hadapan. Tidak lengkap rasanya jika himpunan berita ini tidak diterbitkan demi rujukan generasi akan datang. IQRA' telah diterbitkan secara digital dalam format buku elektronik sejak tahun 2016. Ini bermakna telah enam tahun IQRA' menyimpan berita tentang Perpustakaan UiTM secara atas talian . Kini IQRA' telah diterbitkan dalam format portal berita digital dan menjadikan akses pembaca kini lebih pantas. Suatu hari nanti, IQRA' akan mempunyai nilainya yang tersendiri terutama di kalangan penyelidik yang ingin merujuk tentang Perpustakaan UiTM. IQRA' dan penulisan perlu bergerak seiring. Penulisan ialah salah satu aktiviti pembudayaan ilmu. Penulisan bermula hasil cetusan daripada pembacaan menerusi pelbagai medium maklumat, samada bercetak mahupun elektronik. Melalui penulisan, ilmu pengetahuan individu akan berkembang dan mendorong kepada penciptaan maklumat baharu. Memetik kata-kata penulis tersohor Indonesia, Pramoedya Ananta Toer, "Orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang dalam masyarakat dan dari sejarah. Menulis adalah bekerja untuk keabadian".
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Saleh, Sazlina UNSPECIFIED |
Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library administration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
Journal or Publication Title: | IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak |
ISSN: | 2735-1920 |
Keywords: | Buletin IQRA', PTAR, IQRA', sembang santai |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/107762 |