Abstract
Bertempat di Bilik Mesyuarat As-Sya¬ee, Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam, Shah Menara 2 UiTM Shah Alam, telah berlangsung satu sesi Kunjungan Hormat dan Library Outreach bersama Penolong Naib CanSelor (PNC) dan ahli jemputan dari Kolej Pengajian Kejuruteraan. Program yang berlangsung hampir 2 jam itu dimulakan dengan sesi pengenalan wakil PTAR dan seterusnya pengenalan ringkas tentang peranan dan fungsi Jabatan Sumber Rujukan Universiti Perpustakaan Tun Abdul Razak yang telah diberikan oleh Puan Aznur Umiza Abu Kassim. Penyampaian maklumat dan perbincangan adalah berkaitan dengan beberapa perkara berbangkit antaranya berkaitan dengan perolehan dan pembelian bahan, penggunaan pangkalan data dalam talian, langganan eBooks dan penyerahan bahan harta intelek universiti Maklumat tentang perkhidmatan dan kemudahan di perpustakaan pula disampaikan oleh Puan Hani Liza Nor¬n. Pertemuan ini diharapkan dapat menjadi jambatan antara dua pihak dalam menjalinkan kerjasama dan hubungan yang baik di antara PTAR dan Kolej Pengajian Kejuruteraan. Semoga matlamat program untuk bekerjasama dan menetapkan hala tuju yang lebih jelas tercapai bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar ,pensyarah dan warga UiTM.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Bahagian Korporat dan Kolaborasi UNSPECIFIED |
Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library education. Training Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library administration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
Journal or Publication Title: | IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak |
ISSN: | 2735-1920 |
Keywords: | Buletin IQRA', PTAR, IQRA', Library Outreach, Kunjungan hormat, Kolej Pengajian Kejuruteraan |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/107495 |