Kecenderungan memori dalam teknik hafazan al-Quran berdasarkan gender: kajian di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Klang / Fakhrur Ridza Muslim

Muslim, Fakhrur Ridza (2024) Kecenderungan memori dalam teknik hafazan al-Quran berdasarkan gender: kajian di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Klang / Fakhrur Ridza Muslim. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Hafazan al-Quran merupakan aktiviti pembacaan al-Quran secara konsisten dan berperingkat sehingga murid tahfiz mampu mengingati dan membacanya tanpa melihat kepada mushaf. Hafazan al-Quran juga merupakan proses yang digunakan untuk menyimpan ayat al-Quran di dalam memori. Terdapat pelbagai teknik yang dijangka dapat membantu murid tahfiz dalam proses hafazan. Walau bagaimanapun, pengamalan teknik hafazan al-Quran perlu dikaji menerusi kategori gender berdasarkan kecenderungan memori murid tahfiz tersebut. Kajian ini memfokuskan untuk mengenal pasti dan membandingkan teknik hafazan al-Quran yang diamalkan murid serta kecenderungan memori dalam teknik hafazan al-Quran yang diamalkan murid tahfiz di MITS Klang. Kajian ini dijalankan di MITS Klang dengan menggunakan pendekatan tinjauan. Murid tahfiz di MITS Klang terlibat sebagai responden (n=192). Data dikumpul menggunakan set soal selidik sebagai instrumen dan dianalisis menggunakan perisian komputer IBM SPSS Statistics. Hasil kajian mendapati bahawa murid tahfiz lelaki cenderung menggunakan teknik “menghafaz dengan memilih waktu yang sesuai (C9)” (85.3 peratus, n=81). Manakala murid tahfiz perempuan pula didapati lebih cenderung mengamalkan teknik “mengulang dengan melihat dan tanpa melihat ayat (C2)” (94.8 peratus, n=92). Bagi hasil kajian kecenderungan memori dalam kalangan murid tahfiz mengikut gender, ujian Friedman mendapati perbezaan signifikan pada hasil analisis murid tahfiz lelaki mendapati “sistem memori visual” (mean rank: 2.56) lebih tinggi berbanding “sistem memori semantik” (mean rank: 1.98) dan “sistem memori episodik” (mean rank: 1.45) dengan χ2(2)=59.08 ρ=.000. Manakala hasil analisis murid tahfiz perempuan mendapati “sistem memori visual” (mean rank: 2.43) lebih tinggi berbanding “sistem memori semantik” (mean rank: 2.15) dan “sistem memori episodik” (mean rank: 1.42) dengan χ2(2)=53.21 ρ=.000. Kajian ini juga mendapati pembangunan sebuah kerangka pola kecenderungan memori dalam teknik hafazan terhadap pencapaian hafazan murid tahfiz. Kesimpulannya, kajian ini mendapati kecenderungan memori berdasarkan teknik hafazan mengikut gender yang tepat dijangka dapat mengukuhkan hafazan al-Quran. Kajian ini juga mendapati pemilihan responden murid tahfiz daripada institusi tahfiz profesional yang lain dijalankan dalam kajian akan datang bagi mengenal pasti kecenderungan memori dalam teknik hafazan yang diamalkan berdasarkan gender.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Muslim, Fakhrur Ridza
2020901279
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Tumiran, Mohd Amzari
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Sarjana Pengajian Islam Kontemporari
Keywords: Memori, gender, teknik hafazan, pencapaian hafazan, al-Quran, tahfiz
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/107195
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 107195.pdf] Text
107195.pdf

Download (286kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

107195

Indexing

Statistic

Statistic details