Penerapan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) di muip dalam aktiviti pembelajaran islam Orang Asli di Pahang / Siti Raudah Abdul Karim

Abdul Karim, Siti Raudah (2024) Penerapan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) di muip dalam aktiviti pembelajaran islam Orang Asli di Pahang / Siti Raudah Abdul Karim. PhD thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) adalah satu proses pembelajaran yang melibatkan aktiviti pembelajaran berkesan dan berpanjangan kepada individu dan masyarakat. Pendidikan adalah penting kepada semua masyarakat untuk mencapai kemajuan terutamanya kepada masyarakat minoriti Orang Asli yang menghadapi masalah keciciran dalam pembelajaran. Perbincangan mengenai keciciran masyarakat Orang Asli dalam pendidikan masih diperdebatkan di kalangan sarjana sehingga kini. Kes-kes keciciran pembelajaran menjadi penghalang kepada masyarakat Orang Asli untuk lebih maju dalam pelbagai bidang termasuk pembelajaran Islam. Justeru pelbagai pihak bergabung bagi menambah baik kaedah dan strategi pembelajaran masyarakat Orang Asli supaya hak pendidikan mereka terpelihara dengan semua masyarakat. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), merupakan pihak yang bertanggungjawab di Pahang untuk membantu masyarakat Orang Asli Islam dalam pelbagai bantuan hidup termasuk pendidikan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji elemen PSH di MUIP dalam aktiviti pembelajaran Islam Orang Asli di Pahang. Objektif kedua kajian ini menganalisis bentuk pelaksanaan elemen PSH dalam aktiviti pembelajaran Islam Orang Asli di Pahang. Manakala objektif ketiga adalah mencadangkan garis panduan PSH dalam aktiviti pembelajaran Islam Orang Asli. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan rekabentuk fenomenologi. Data kualitatif yang diperolehi melalui temu bual bersama tujuh orang informan daripada Guru Briged dan Penggerak Islam Orang Asli, dan data pemerhatian yang diambil daripada dua lokasi utama masyarakat Islam Orang Asli iaitu Kuala Lipis dan Cameron Highlands. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan analisis tematik daripada proses pengekodan melalui ATLAS.Ti 9, seterusnya mengeluarkan tema utama berdasarkan objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat enam elemen yang diterapkan oleh MUIP dalam aktiviti pembelajaran Islam Orang Asli iaitu (i) Kemahiran Asas 3M, (ii) Pemerolehan Bimbingan, (iii) Sumber Kebajikan, (iv) Kemudahan Infrastruktur, (v) Program Kesedaran Masyarakat dan melakukan (vi) Tinjauan Susulan. Dapatan dalam Objektif kedua terdapat empat tema utama dalam bentuk pelaksanaan PSH iaitu (i) Mengenal Peserta, (ii) Pelaksanaan Kaedah PnP, (iii) Guru sebagai Pelaksana, dan (iv) Penyediaan Bahan Rujukan. Dapatan kajian ini juga membentuk satu cadangan garis panduan PSH dalam aktiviti pembelajaran Islam Orang Asli yang berterusan. Rumusnya, dapatan kajian ini signifikan kepada pendakwah dan pendidik masyarakat Islam Orang Asli untuk menjamin pembelajaran yang berterusan kepada generasi akan datang.

Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Karim, Siti Raudah
2017935755
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Ismail, Huzaimah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Doktor Falsafah (Pengajian Islam Kontemporari)
Keywords: Masyarakat minoriti Orang Asli, keciciran pembelajaran, adat resam Melayu Pahang (MUIP)
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/107183
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 107183.pdf] Text
107183.pdf

Download (90kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

107183

Indexing

Statistic

Statistic details