Abstract
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, JSKM telah berjaya mengadakan satu program pembelajaran berasaskan permainan bersama pelajar-pelajar dari Maahad (Tahfiz) Riyadhil Quran (MRIQ), Sungai Petani, Kedah. Melihat impak yang positif kepada pelajar-pelajar MRIQ daripada program Gamification of English, Mathematics & Science pada tahun 2022, JSKM mengambil inisiatif meneruskan program seumpama itu bersama dengan pelajar-pelajar tersebut. Program pembelajaran ini yang telah berlangsung pada hari Jumaat, 17 Mei 2024 yang lepas bertempat di UiTM Cawangan Pulau Pinang merupakan anjuran bersama Akademi Pengajian Bahasa (APB), Kelab Bahasa Inggeris dan JSKM. Seramai 21 orang pelajar MRIQ berumur antara 9 - 17 tahun menyertai program ini. Pelajar MRIQ tersebut yang telah dibahagikan kepada empat kumpulan turut dibantu oleh empat orang pelajar UiTM yang bertindak sebagai fasilitator. Program pembelajaran berasaskan permainan ini diadakan di dalam bentuk permainan stesen yang mana stesenstesen ini menggabungkan dua subjek iaitu Matematik dan Bahasa Inggeris.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Saad, Siti Mariam UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED Editor Othman, Jamal UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
ISSN: | 2637-0077 |
Keywords: | E-buletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang |
Date: | October 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/107056 |