Abstract
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT dengan izin-Nya, JSKM Berjaya melaksanakan bengkel perkongsian ilmiah tentang asas pengkomputeran bersama pelajar Tahfiz dari Maahad Riyadhil Quran (MRIQ), Sungai Petani, Kedah. Bengkel ini diadakan pada 13 September 2024 bertempat di Maahad tersebut, bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 22 pelajar Tahfiz dan tiga orang ustaz dari MRIQ mengambil bahagian. Bengkel ini dikendalikan oleh enam orang pensyarah dari JSKM yang diketuai oleh Encik Syarul Heiry bin Yahaya, dengan bantuan tiga orang pelajar yang sedang menjalani latihan industri di UiTMCPP sebagai fasilitator. Bengkel Asas Pengkomputeran ini memfokuskan kepada perkongsian ilmu penggunaan tiga aplikasi utama Microsoft Office, iaitu MS Word, MS Excel dan MS PowerPoint, pada peringkat asas. Tujuan bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan asas computer kepada pelajar Tahfiz MRIQ, bagi mempersiap mereka dengan kemahiran insaniah (softskill) selepas mereka tamat tempoh menghafaz al- Quran di MRIQ.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Saad, Siti Mariam UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED Editor Othman, Jamal UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
ISSN: | 2637-0077 |
Keywords: | E-buletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang |
Date: | October 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/107037 |