Hubungkait antara sikap dan gaya pembelajaran pendidikan Islam abad ke-21 dengan pencapaian akademik murid mengikut jantina: sebuah kajian tinjauan / Rosmawati Sulong

Sulong, Rosmawati (2023) Hubungkait antara sikap dan gaya pembelajaran pendidikan Islam abad ke-21 dengan pencapaian akademik murid mengikut jantina: sebuah kajian tinjauan / Rosmawati Sulong. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungkait antara sikap dan gaya pembelajaran Pendidikan Islam abad ke-21 (PAK-21) dengan pencapaian akademik murid mengikut jantina dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning. Kajian ini tertumpu kepada empat persoalan kajian iaitu sikap, gaya pembelajaran Pendidikan Islam PAK-21, pencapaian akademik, tahap hubungkait antara sikap dan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik dan tahap perbezaan di antara sikap, gaya pembelajaran dan pencapaian akademik murid abad ke21 (PAK-21) antara murid lelaki dan murid perempuan. Nilai kebolehpercayaan kajian ini adalah lebih daripada α = >.60. Reka bentuk kajian ini ialah berasaskan kajian kuantitatif melalui kajian tinjauan. Populasi kajian ini terdiri daripada semua murid Islam tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning, Shah Alam yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam ialah seramai 420 orang. Berdasarkan jadual penentuan saiz sampel yang disarankan oleh Krejchi dan Morgan (1970), didapati saiz sampel yang diperlukan bagi populasi tersebut ialah 201 orang. Persampelan dibuat secara rawak. Borang soal selidik merupakan instrumen yang akan digunakan dan daripada data yang diperolehi, analisis secara deskriptif dan inferensi akan dilaksanakan. Data di analisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Science Social (SPSS 26.0) secara deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, nilai min dan sisihan piawai serta inferensi dengan menggunakan Ujian Korelasi Spearman’s Rho dan Ujian Mann Whithney U. Dapatan kajian mendapati hubungan yang signifikan antara sikap dan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik murid abad ke-21 (PAK-21). Selain itu hasil kajian ini juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan diantara sikap, gaya pembelajaran dan pencapaian akademik murid abad ke-21 (PAK-21) antara murid lelaki dan murid perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning. Kesimpulannya sikap, gaya pembelajaran dan pencapaian akademik antara murid lelaki dan murid perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning adalah berbeza. Justeru pihak yang bertanggungjawab terhadap isu ini wajar mengambil kira perbezaan jantina murid sewaktu mengatasi permasalahan ini agar prestasi akademik semua murid dapat ditingkatkan.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sulong, Rosmawati
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Abd Rahim, Syuhaida Idha
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Master of Contemporary
Keywords: Sikap, gaya pembelajaran, pencapaian akademik
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106981
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 106981.pdf] Text
106981.pdf

Download (141kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

106981

Indexing

Statistic

Statistic details