Abstract
Revolusi Industri 5.0 merupakan suatu tanggungjawab besar dalam memikul amanah mendidik anak-anak menjadi individu yang mengikut garis panduan yang ditetapkan agama Islam. Sejajar dengan itu, terdapat tujuh tanggungjawab besar para ibu bapa bagi mencapai matlamat tersebut iaitu daripada aspek tanggungjawab pendidikan iman, akhlak, fizikal, intelektual, psikologi, sosial dan seksual. Maka menurut hadith riwayat Bukhari dan Muslim mengatakan setiap anak dilahirkan di atas fitrah, maka ibu bapanya yang menjadikan agamanya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Selain itu ia juga selari dengan konsep menjadi khalifah di dunia yang mempunyai asas bersifat antropologi akidah dan merupakan keupayaan moral serta suatu tuntutan ataupun iktikad kehidupan. Bagaimanapun timbul persoalan adakah fitrah itu terjadi dan berkembang dengan sendirinya sedangkan anak-anak ini dilahirkan dengan potensi dan kebolehan masing-masing yang sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T.? Di sini bermulanya peranan ibu bapa sebagai pembimbing dalam memberikan petunjuk kehidupan yang sejajar dengan agama Islam. Iman sebagai benteng pertahanan akhlak Oleh yang demikian, kita merujuk kembali kepada konsep mendidik yang akhirnya akan membantu proses perkembangan fitrah itu ke arah yang lebih baik.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hassan @ Asan, Amirah UNSPECIFIED Sharil, Suhaila UNSPECIFIED Mohammad Roshdan, Nur Faathinah UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Pendidikan iman, akhlak, fizikal, intelektual, psikologi, sosial |
Date: | November 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106958 |