Pelajar tahfiz: isu dan cadangan / Hisam Satari

Satari, Hisam (2024) Pelajar tahfiz: isu dan cadangan / Hisam Satari. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Pendidikan al-Quran telah wujud sejak berabad lamanya bermula ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang beribadat di Gua Hira’ (Kamarul Azmi & Aderi 2015). Peristiwa pengumpulan al-Quran sejak dari zaman Khalifah Islam yang pertama dan ketiga juga menggambarkan kepedulian pemimpin kepada kemuliaan al-Quran yang wajib dijaga dalam hati-hati umat Islam sepanjang zaman sehingga hari kiamat. Kewujudan pusat-pusat tahfiz di seluruh pelusuk dunia juga menggambarkan satu langkah untuk memastikan supaya kitab suci al-Quran sentiasa hidup dan dijadikan sebagai pedoman kehidupan. Walaupun terdapat isu kelemahan pendidikan tahfiz ini, kecenderungan ibu bapa menghantar anak mereka ke pusat-pusat pendidikan tahfiz semakin bertambah kerana melihat kepada kelebihan yang akan dinikmati dari segi ganjaran dan kelebihan di sisi Allah Taala.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 106957.pdf]
Text
106957.pdf
Download (753kB)
Indexing & Metrics