Pengukuhan fahaman akidah Ahli Al-Sunnah Wal Jama’ah melalui kolaborasi pengajaran / Siti Aishah Sokhibul Fadil and Dr Mohd Asyran Safwan Kamaruzaman

Sokhibul Fadil, Siti Aishah and Kamaruzaman, Mohd Asyran Safwan (2024) Pengukuhan fahaman akidah Ahli Al-Sunnah Wal Jama’ah melalui kolaborasi pengajaran / Siti Aishah Sokhibul Fadil and Dr Mohd Asyran Safwan Kamaruzaman. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Sebagaimana diketahui, ilmu akidah merupakan ilmu agama bersifat fardu ain yang wajib dipelajari oleh setiap mukallaf. Firman Allah Ta’ala dalam Surah al-Zumar: 9 bermaksud “Katakanlah (Wahai Muhammad) tidaklah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui” manakala Hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi pula menyebutkan Rasulullah SAW bersabda dengan makna:” Menuntut ilmu agama (yang daruri) adalah wajib ke atas setiap muslim”. Demikianlah, difahami bahawa setiap umat Islam yang mukallaf wajib mempelajari dan berusaha menuntut ilmu agama termasuklah ilmu akidah berdasarkan pegangan ahl al-Sunnah Wal Jama’ah beraliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah. Aliran ini merupakan kelompok majoriti yang berpegang teguh dengan manhaj Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda sebagaimana disebut oleh Al-Hafiz Murtada al-Zabidi menerusi Syarh Ihya’ ‘Ulum al-Din Terjemahan: Sekiranya disebut Ahl Sunnah Wal Jama’ah, maka yang dimaksudkan dengan golongan tersebut adalah kelompok al-‘Asyairah dan al-Maturidiyyah”

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 106948.pdf]
Text
106948.pdf
Download (548kB)
Indexing & Metrics