Abstract
Sebagaimana diketahui, ilmu akidah merupakan ilmu agama bersifat fardu ain yang wajib dipelajari oleh setiap mukallaf. Firman Allah Ta’ala dalam Surah al-Zumar: 9 bermaksud “Katakanlah (Wahai Muhammad) tidaklah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui” manakala Hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi pula menyebutkan Rasulullah SAW bersabda dengan makna:” Menuntut ilmu agama (yang daruri) adalah wajib ke atas setiap muslim”. Demikianlah, difahami bahawa setiap umat Islam yang mukallaf wajib mempelajari dan berusaha menuntut ilmu agama termasuklah ilmu akidah berdasarkan pegangan ahl al-Sunnah Wal Jama’ah beraliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah. Aliran ini merupakan kelompok majoriti yang berpegang teguh dengan manhaj Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda sebagaimana disebut oleh Al-Hafiz Murtada al-Zabidi menerusi Syarh Ihya’ ‘Ulum al-Din Terjemahan: Sekiranya disebut Ahl Sunnah Wal Jama’ah, maka yang dimaksudkan dengan golongan tersebut adalah kelompok al-‘Asyairah dan al-Maturidiyyah”
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sokhibul Fadil, Siti Aishah UNSPECIFIED Kamaruzaman, Mohd Asyran Safwan UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Akidah, Ahli Al-Sunnah Wal Jama’ah, ilmu |
Date: | November 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106948 |