Abstract
Al-Quran sebagai rujukan utama Tamadun Islam sarat dengan pelbagai mesej menyeru ke arah perpaduan dan kesatuan ummah. Melalui wahyuNya, Allah S.W.T berirman yang bermaksud “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara” (Surah Ali Imran: 103). Berdasarkan ayat ini, Allah S.W.T menyeru umat manusia supaya bersatu padu dan kesannya dapat apabila terbentuknya sebuah umat yang menjunjung dasar persahabatan dan persaudaraan. Pengajaran dalam setiap ajaran Islamlah yang menjadi dasar kepada pembentukan umat yang bersaudara dan bersatu walau dari pelbagai rumpun bahasa dan kebudayaan, kepercayaan dan adat, warna kulit atau sempadan negara. Justeru apabila umat Islam diikat dengan satu syahadah dan kesatuan akidah, maka inilah pengiktirafan yang diakui sendiri Pencipta makhluk itu sendiri iaitu Allah S.W.T. melalui firmanNya yang bermaksud “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara” (Surah al-Hujurat: 10).
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Salleh, Mohd Kamel UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Islam, hidup, syahadah |
Date: | November 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106947 |