Abstract
Drama W Two Worlds merupakan drama bersiri yang diadaptasi daripada siri drama televisyen Korea Selatan dengan tajuk yang sama. Drama sebanyak 12 episod ini dibintangi oleh para pelakon terkenal seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Faizal Hussein, Mierul Aiman, Elizabeth Tan dan Tony Eusoff. Drama ini mengisahkan seorang doktor bernama Izara yang terperangkap di dalam dunia webtoon (kartun web) yang dikenali sebagai W, hasil ciptaan ayahnya, Omar Yusuf, seorang kartunis web yang tersohor. Di dalam dunia webtoon tersebut, Izara telah berjumpa dengan Aliff Hadi, iaitu watak utama di dalam dunia W. Aliff merupakan seorang atlet penembak tepat dan pernah menjuarai World Sharpshooter Championship 2013. Suatu hari, Aliff pulang ke rumah dan mendapati ayah, ibu dan adik perempuan telah mati ditembak. Malangnya, setelah siasatandilakukan, Aliff telah ditahan dan didakwa atas tuduhan membunuh ahli keluarganya sendiri. Namun, setelah perbicaraan dijalankan, mahkamah memutuskan Alifftidak bersalah dan dibebaskan. Hal ini mengundang kemarahan pendakwa raya yang mengetuai perbicaraan tersebut iaitu Musa. Musa percaya Aliff tetap bersalah atas kesalahan membunuh.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Omar, Anie Farahida UNSPECIFIED |
Subjects: | K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Legal education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | JUU LEX READ |
ISSN: | 2811-3462 |
Keywords: | Ulasan, drama, televisyen, webtoon |
Date: | October 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106848 |