Abstract
Selepas pulang dari bercuti, kulihat pokok yang dijaganya terletak di tepi pagar rumah sewaku. Sememangnya aku yang memintanya meletakkan di situ. Selepas subuh, aku menelefonnya untuk mengucapkan terima kasih kerana menjaganya untukku. Sejak itu, aku ternanti-nanti kedatangannya ke situ. Aku mengerti sekarang. Aku sudah mulai merinduinya. Cuma, aku tidak dapat menzahirkan dengan katakata. Biarlah aku pendamkan rinduku itu untuk diriku. Aku menyibukkan diri dengan urusan kerja dan kelas part-time kerana minggu peperiksaan sudah hampir. Ketika dia dating untuk bertugas, aku mengambil peluang untuk berbual walaupun hanya seketika. “Pukul 2 petang ini tunggu aku dekat bank.” Dia membuat keputusan ketika kami bertemu tengahari itu. “Tak ke lewat sangat?” Aku cuba memancing reaksinya. “Habis. Aku free masa itu je.” Dia seperti mengharap aku bersetuju sahaja dengan cadangannya. “Ok! Ok!” Sambutku dan terus berlalu dari situ. Petang itu, dia datang tepat seperti yang dijanjikan. Dia membawaku bersiar-siar sekitar bandar sebelum berhenti makan di restoran berdekatan. Kali ini dia nampak dalam keletihan, tetapi masih mampu untuk melayan pertanyaanku. Dalam masa yang terhad ini juga, sekali lagi aku bertanyakan soal aku dan dia. Aku tidak mahu dia kecewa kerana aku. Aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Dua tahun di luar negara bukan satu waktu yang singkat. Apa yang akan terjadi tidak dapat dijangkakan. Tetapi, terpulanglah kepada dirinya untuk melupakan aku atau tidak kerana aku tiada hak untuk memaksa. Dia hanya membisu. Bungkam barangkali. Sejak itu, aku tidak lagi menimbulkan persoalan ini.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Razak, Noor Aina UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED Editor Othman, Jamal UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
ISSN: | 2637-0077 |
Keywords: | E-buletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106612 |