Program Fun Run & Ride with Love & Hope for Autism / Azlina Mohd Mydin

Mohd Mydin, Azlina (2024) Program Fun Run & Ride with Love & Hope for Autism / Azlina Mohd Mydin. Bulletin. Unit Penerbitan e-Buletin JSKM.
Identification Number (DOI): vol 12
Abstract

Unit Sukan dan Kepimpinan Staf, Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM) telah merancang dan melaksanakan satu program larian “Fun Run & Ride with Love & Hope for Autism”, pada 27 April 2024. Program ini julung kali diadakan oleh JSKM UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP). Program ini diadakan bertujuan sebagai aktiviti riadah untuk staf dan pelajar UiTM bersama masyarakat setempat terutamanya dengan pihak Autistic Society of Malaysia (NASOM). Program ini juga dijalankan sebagai program khidmat masyarakat yang mana sebahagian keuntungan daripada program ini akan disalurkan kepada pihak NASOM cawangan Pulau Pinang bagi meringankan beban mereka dan menunjukkan keperihatinan pihak penganjur kepada komuniti terbabit. Program “Fun Run & Ride with Love & Hope for Autism” ini dijalankan dalam 2 fasa iaitu secara maya (virtual) dan bersemuka (live) yang bermula dari 20 Februari hingga 27 April 2024. Yuran yang berpatutan dikenakan kepada peserta bagi melancarkan perjalanan program ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 106304.pdf]
Text
106304.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics