Abstract
Unit Sukan dan Kepimpinan Staf, Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM) telah merancang dan melaksanakan satu program larian “Fun Run & Ride with Love & Hope for Autism”, pada 27 April 2024. Program ini julung kali diadakan oleh JSKM UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP). Program ini diadakan bertujuan sebagai aktiviti riadah untuk staf dan pelajar UiTM bersama masyarakat setempat terutamanya dengan pihak Autistic Society of Malaysia (NASOM). Program ini juga dijalankan sebagai program khidmat masyarakat yang mana sebahagian keuntungan daripada program ini akan disalurkan kepada pihak NASOM cawangan Pulau Pinang bagi meringankan beban mereka dan menunjukkan keperihatinan pihak penganjur kepada komuniti terbabit. Program “Fun Run & Ride with Love & Hope for Autism” ini dijalankan dalam 2 fasa iaitu secara maya (virtual) dan bersemuka (live) yang bermula dari 20 Februari hingga 27 April 2024. Yuran yang berpatutan dikenakan kepada peserta bagi melancarkan perjalanan program ini.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Mydin, Azlina UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED Editor Othman, Jamal UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
ISSN: | 2637-0077 |
Keywords: | E-buletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106304 |