E-valuate / Noor A’yunni Mohamad ... [et al.]

Mohamad, Noor A’yunni and Desa, Noor Enfendi and Arshad, Mohd Fawazie and Mohd Aripin, Nur Adibah Nadiah (2024) E-valuate / Noor A’yunni Mohamad ... [et al.]. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Perubahan dan perkembangan teknologi telah memberikan impak yang besar khususnya dalam memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Dahulunya, proses penilaian pemarkahan bagi subjek studio didapati mempunyai beberapa permasalahan yang melibatkan masa, kos dan keselamatan. Berdasarkan masalah ini, kajian dilakukan terhadap penggunaan aplikasi Google Form dan keberkesanannya dalam merekod penilaian pemarkahan secara efisien. Seiring perkembangan ini, satu inovasi dengan penggunaan aplikasi Google Form sebagai alternatif dalam proses penilaian PdP bagi subjek studio di Jabatan Seni Halus, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Perak dilakukan. Objektif kajian inovasi ini adalah untuk: 1) mempercepatkan proses penilaian dan moderasi markah; dan 2) Menjimatkan kos penyediaan fail. Kajian ini menggunakan kaedah PDCA (Plan, Do, Check, Action) dan merupakan kaedah kajian pengurusan yang biasa digunakan untuk peningkatan berterusan dan pengurusan kualiti. Dapatan daripada kajian ini telah menghasilkan inovasi e-Valuate di mana penilaian akhir subjek studio telah dijadikan pautan kepada rubrik pemarkahan Jabatan Seni Halus. Setiap markah yang dinilai direkodkan secara automatik dalam simpanan awan sekali gus memudahkan proses merekodkan setiap markah pelajar. Sesi penilaian yang dijalankan menjadi lebih lancar dan pengiraan markah subjek studio tidak melibatkan kos percetakan, masa yang lama, mesyuarat markah lebih cepat dan menghasilkan kerja yang berkualiti. Kajian inovasi ini telah memberikan nilai tambah kepada penciptaan inovasi yang sedia ada khususnya yang melibatkan pemurnian sistem dan aplikasi. Keberkesanan inovasi ini telah mendapat pengiktirafan dari pihak pengurusan UiTM Cawangan Perak sekali gus mengukuhkan potensi penciptaan inovasi ini ke dalam seluruh sistem penilaian Pembelajaran Studio UiTM dan Institusi Pengajian Tinggi yang menawarkan Program Seni Lukis dan Seni Reka.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad, Noor A’yunni
UNSPECIFIED
Desa, Noor Enfendi
UNSPECIFIED
Arshad, Mohd Fawazie
UNSPECIFIED
Mohd Aripin, Nur Adibah Nadiah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Chief Editor
Abdul Rahman, Zarinatun Ilyani
UNSPECIFIED
Editor
Mohd Nasir, Nur Fatima Wahida
UNSPECIFIED
Editor
Kamarudin, Syaza
UNSPECIFIED
Designer
Ramlie, Mohd Khairulnizam
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > T Technology (General) > Technological change
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Journal or Publication Title: The 13th International Innovation, Invention & Design Competition 2024
Page Range: pp. 346-349
Keywords: E-Moderasi; Pemarkahan Akhir; Subjek Studio
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106244
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 106244.pdf] Text
106244.pdf

Download (2MB)

ID Number

106244

Indexing

Statistic

Statistic details