Peranan teknologi dalam pendidikan tanpa sempadan / Rozianiwati Yusof ... [et al.].

Yusof, Rozianiwati and Mohd Yunus, Sri Yusmawati and Abdul Rahman, Normaziah and Aziz Fadzillah, Nor Azlina and Hashim, Norhafizah (2024) Peranan teknologi dalam pendidikan tanpa sempadan / Rozianiwati Yusof ... [et al.]. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Pendidikan merupakan salah satu teras yang penting dalam diri seseorang. Ilmu dapat menghasilkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan memiliki sikap positif untuk terus maju dalam ekonomi global. Keupayaan untuk mendapat sesuatu ilmu adalah perkara yang perlu dititikberatkan bagi memperolehinya semaksimum yang mungkin. Ilmu itu adalah meluas dan tidak terhad oleh batasan geografi, budaya, atau ekonomi. Ini bermakna pelajar dan pendidik dapat mengakses pengetahuan, sumber, dan peluang pembelajaran dari mana-mana sahaja di dunia tanpa halangan fizikal atau sosial. Pelan Tindakan Pendidikan Tinggi Malaysia 2015-2025 menggalakkan pembelajaran secara dalam talian bagi membolehkan akses pendidikan serta pengalaman pembelajaran mengikut keperluan pelajar. Teknologi memainkan peranan yang penting bagi menyokong pendidikan tanpa sempadan dan mewujudkan persaingan di peringkat global. Antara teknologi yang penting dalam perkembangan pendidikan ialah internet. Kemunculan internet mewujudkan beberapa aplikasi yang dapat membantu ke arah pendidikan global seperti sosial media, e-pembelajaran, aplikasi kecerdasan buatan, penstriman video serta aplikasi-aplikasi penghasilan bahan pengajaran (Zailan, 2013).

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yusof, Rozianiwati
UNSPECIFIED
Mohd Yunus, Sri Yusmawati
UNSPECIFIED
Abdul Rahman, Normaziah
UNSPECIFIED
Aziz Fadzillah, Nor Azlina
UNSPECIFIED
Hashim, Norhafizah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin APB Edisi 13
ISSN: 2682-7948
Keywords: Sosial media, e-pembelajaran, aplikasi kecerdasan buatan, penstriman video, ekonomi
Date: October 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106151
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 106151.pdf] Text
106151.pdf

Download (2MB)

ID Number

106151

Indexing

Statistic

Statistic details