Abstract
Setiap tahun apabila keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan, kita ditonjolkan dengan keputusan yang cemerlang. Di dada akhbar terpapar laporan peningkatan keputusan berbanding tahun sebelumnya. Contohnya, keputusan pada tahun 2023, seramai 11, 713 calon memperolehi keputusan cemerlang dengan 3.1 peratus peningkatan berbanding tahun 2022 seperti mana yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan. Persoalannya kini, adakah pencapaian ini boleh dianggap sebagai satu gambaran secara keseluruhan prestasi kualiti pendidikan di Malaysia? Adakah ini kayu pengukurnya. Melalui satu laporan yang dikeluarkan oleh World Bank Group bertajuk “Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundational Skills”, setiap pelajar di Malaysia menghabiskan selama 12.5 tahun masa di sekolah secara purata, tetapi sebenarnya pelajar hanya memperolehi masa pembelajaran sebanyak 8.9 tahun sahaja. Prestasi ini adalah agak rendah jika dibandingkan dengan negara Vietnam yang mempunyai purata masa yang sama, namun purata masa pembelajaran mereka adalah 10.9 tahun. Ini merupakan satu tamparan kepada Malaysia kerana telah memperuntukkan sebanyak 3.2 peratus bagi tujuan pendidikan daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Ali, Noor Azillah UNSPECIFIED Shekh Zain, Rozihanim UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin APB Edisi 13 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK, Sijil Pelajaran Malaysia, SPM, cemerlang |
Date: | October 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106142 |