Hari Alam Sekitar Sedunia: pendidikan alam sekitar global / Devika Krishnan

Krishnan, Devika (2024) Hari Alam Sekitar Sedunia: pendidikan alam sekitar global / Devika Krishnan. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Hari Alam Sekitar Sedunia (HAS) yang disambut pada 5 Jun setiap tahun merupakan satu pendekatan global bagi memupuk kesedaran tentang isu alam sekitar dalam kalangan masyarakat di persada dunia. Lebih 150 buah negara di seantero dunia bersama-sama meraikan sambutan HAS dan pada hari tersebut, jutaan manusia menunjukkan komitmen masing-masing terhadap pemuliharaan planet Bumi. Pada asasnya, HAS berasal daripada Persidangan Stockholm 1972 oleh Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Maka, HAS diketuai oleh Program Alam Sekitar PBB (UNEP). Jadual 1 menunjukkan antara tema sambutan HAS pada setiap tahun dengan mengetengahkan inisiatif global bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 106141.pdf]
Text
106141.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics