Abstract
Hari Alam Sekitar Sedunia (HAS) yang disambut pada 5 Jun setiap tahun merupakan satu pendekatan global bagi memupuk kesedaran tentang isu alam sekitar dalam kalangan masyarakat di persada dunia. Lebih 150 buah negara di seantero dunia bersama-sama meraikan sambutan HAS dan pada hari tersebut, jutaan manusia menunjukkan komitmen masing-masing terhadap pemuliharaan planet Bumi. Pada asasnya, HAS berasal daripada Persidangan Stockholm 1972 oleh Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Maka, HAS diketuai oleh Program Alam Sekitar PBB (UNEP). Jadual 1 menunjukkan antara tema sambutan HAS pada setiap tahun dengan mengetengahkan inisiatif global bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk melindungi alam sekitar.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Krishnan, Devika UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin APB Edisi 13 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | Hari Alam Sekitar Sedunia, HAS, pendidikan, global |
Date: | October 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106141 |