Abstract
Ledakan digital pada masa kini membolehkan generasi muda mendapatkan pelbagai maklumat hanya di hujung jari. Sepantas satu hari, pelbagai maklumat seperti lokasi pelancongan, tempahan tiket penerbangan, insuran pengembara, jadual pengembaraan atau itinerary dapat disediakan sendiri dengan mengakses pelbagai laman web dan platform media sosial. Kelompok belia yang sangat sukakan cabaran telah mengambil peluang menerokai pengetahuan dan maklumat baharu dengan kecanggihan yang ada pada masa kini. Pelancongan digital merujuk kepada penggunaan peralatan digital untuk mengatur, mengurus dan menikmati pengalaman perjalanan (Bernama, 2023). Kecanggihan peranti maklumat seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba ditambah pula dengan aplikasi pelancongan seperti Agoda, Skyscanner, Klook, Traveloka dan lain-lain memberikan kemudahan terutama kepada generasi muda yang sukakan cabaran dalam menerokai peluang dan ruang yang lebih menjimatkan kos dengan kadar yang lebih rendah berbanding menggunakan khidmat agensi pelancongan. Walaubagaimanapun, generasi yang berusia lebih cenderung memilih agensi pelancongan yang menyediakan pakej-pakej dan jadual lebih teratur berbanding menerokai sendiri maklumat-maklumat yang sedia ada.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Nasharudin, Nurhidayah UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin APB Edisi 13 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | Pengembara, digital, Agoda, Skyscanner, Klook, Traveloka |
Date: | October 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106135 |