Abstract
Kebolehan sesebuah masyarakat untuk bergerak maju dalam arus pemodenan dunia jelas mempunyai perkaitan yang kuat dengan kebolehan setiap individu masyarakat dalam menongkah cabaran mobiliti sosial. Mobiliti sosial adalah suatu konsep pergerakan seseorang atau sesuatu kumpulan manusia merentasi hierarki masyarakat. Kepelbagaian pengaruh dalam hierarki masyarakat mampu mempengaruhi keupayaan mereka untuk meraih peluang dalam kehidupan mereka. Ahli sosiologi tersohor, Pitiram Sorokin (1889 – 1968) mengupas persoalan mobiliti sosial ini dengan lebih mendalam. Secara teori, beliau mengenalpasti wujudnya stratifikasi sosial dalam masyarakat yang membahagi setiap individu atau kumpulan masyarakat ke dalam kelas-kelas sosial yang tertentu. Kewujudan stratifikasi dan keinginan untuk bergerak daripada satu kelas ke kelas yang lain telah mewujudkan konsep pergerakan dalam masyarakat yang didefinisikan sebagai mobiliti sosial.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Salim, Mohd Nur Fitri UNSPECIFIED Mohamad Yusuf, Asmahanim UNSPECIFIED Mohd Salim, Mohamad Safwat Ashahri UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin APB Edisi 13 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | Mobiliti sosial, manusia, pendidikan, global |
Date: | October 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106134 |