Abstract
“Perlindungan bijak, kesejahteraan terjamin.” Kita semua tahu betapa pentingnya untuk kekal aktif dan menjaga kesihatan dalam kehidupan seharian. Bukan sekadar untuk kurus atau bina otot, tapi ia membantu menyihatkan jantung, mengawal tekanan darah, dan mengurangkan risiko mendapat penyakit berbahaya. Ini kerana apabila kita bersenam, endorfin akan terhasil dan ini membuatkan kita rasa lebih tenang dan gembira. Selain itu, senaman juga baik untuk kualiti tidur kita yang akan menjadikan badan lebih bertenaga keesokkan harinya. Tidak perlu membuat senaman berat, cukup dengan berjalan atau berbasikal selama 30 minit sehari. Aktiviti sekecil ini juga boleh memberi manfaat besar. Seronok, bukan? Rasa segar bila badan bergerak, otak pun lebih fokus. Tapi pernahkah anda terfikir, apa akan terjadi kalau tiba-tiba anda terseliuh semasa berlari atau terpelecok jatuh ketika menuruni bukit? Kecederaan boleh berlaku bila-bila masa, walaupun kita berhati-hati. Ini yang dinamakan malang tidak berbau.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Mumtaz UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure L Education > L Education (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | FSR@S3 e-BULLETIN |
ISSN: | 3009-1500 |
Keywords: | Insurans, hidup, aktif, sihat |
Date: | October 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106110 |